Saturday 16 July 2011

mohammadlat (s210278) PPG UUM Kohort 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penuntut PPG UUM 2011. Terima kasih kepada semua followers saya. Walau bagaimanapun, saya masih perlukan bantuan anda semua kerana followers saya masih belum mencukupi. Kepada yang sudi membantu, terima kasih tak terhingga, budimu dikenang.

Panduan Menulis Karangan Bahasa Melayu

Bagaimana hendak berfikir secara kritis tentang sesuatu topik itu? Ini satu persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kebanyakan pelajar kerana mereka tidak suka berfikir lalu menganggap berfikir membuang masa sahaja. Namun berdasarkan pengalaman saya dalam bidang penulisan, konsep berfikir inilah yang mencetuskan sesuatu idea untuk menulis. Semakin bagus seseorang pelajar itu berupaya untuk berfikir maka semakin baguslah penulisannya kelak kerana ideanya akan jelas dan matang ketika menghuraikannya.

Buat pelajar kemahiran berfikir ini perlu dimiliki terlebih dahulu sebelum mampu menulis. Untuk menulis, pelajar harus mengenal pasti masalah itu dan melihatnya daripada dua kemungkinan yang wujud. Pertama kesan masalah itu dan cara-cara untuk mengatasinya. Konsep kesan dan cara mengatasinya merupakan dua skop peperiksaan yang sering ditanya. Jika pelajar faham dua konsep utama ini, pelajar seharusnya sudah boleh berfikir tentang aspek-aspek yang menjurus kepada kesan dan cara ini.

Biasanya untuk mendidik seseorang pelajar itu berfikir secara kritis, konsep pertanyaan harus dijadikan asas perbincangan. Pelajar harus sedar bahawa semua tajuk yang ditanya boleh dilihat daripada dua sudut secara umum yakni positif atau negatif. Baiklah ambil contoh karangan tentang internet. Sudah pasti ada dua kesimpulan umum yakni kebaikan dan keburukan internet. Selalu fokus kepada dua kemungkinan tentang sesuatu perkara itu. Kewujudan dua kemungkinan ini memaksa pelajar untuk berfikir secara mendalam dan serentak tentang sesuatu perkara tersebut.

Buat pelajar yang mampu berfikiran kritis, mereka akan cuba menghuraikan perkara-perkara yang mampu dibawa oleh internet kepada pelajar sebagai satu bentuk pengetahuan. Fikir secara mendalam semua perkara yang anda nampak dalam internet yang mampu memberi pendidikan kepada pelajar. Dan tulis serta huraikan dengan panjang lebar. Setelah siap menulis, huraikan lagi perkara yang sudah anda huraikan kali pertama tadi. Maksud saya sudah pasti ada penerangan atau contoh lain yang berkaitan dengan isi yang anda tulis.

Setiap kali melihat sesuatu tajuk, pelajar harus selalu melihat dalam dua aspek. Huraikan kedua-dua aspek itu secara mendalam. Baca akhbar dan nampak sahaja sesuatu topik, sila fikirkan dua kemungkinan yang menyebabkan perkara itu berlaku dan sebabnya secara langsung. 

Sebenarnya masalah menulis merupakan satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan pelajar baik di sekolah mahupun di peringkat universiti. Masalah ini memang begitu ketara berdasarkan pengalaman saya dalam bidang pendidikan. Ada pelajar yang tidak tahu untuk memulakan sesuatu ayat pun dan kalau mereka mampu untuk menulis, masa yang panjang diperlukan oleh mereka untuk menyiapkannya. Pelbagai alasan akan diberikan jika mereka gagal untuk menyiapkan tugasan penulisan itu. Kenapakah masalah ini berlaku? Adakah menulis berasaskan bakat semata-mata?

Jawapan kepada pertanyaan ini begitu mudah iaitu pelajar tidak ada kemahiran menulis dan menganggap kemahiran menulis ini tidak penting berbanding dengan kemahiran mengira atau membaca yang amat diperlukan dalam subjek Matematik dan Sains. Sebenarnya tanpa pelajar semua sedari, aspek kehidupan kita banyak ditentukan oleh kemahiran untuk menulis dengan baik. Ya, memang kemahiran mengira dan membaca penting tetapi bayangkan seseorang pekerja yang ada semua data-data yang menarik tetapi tidak mampu untuk menulis dengan begitu meyakinkan untuk memudahkan majikannya membuat keputusan tentang sesuatu perkara itu. Bahan penulisan bukan sahaja untuk menerangkan tetapi mampu menjelaskan sesuatu dengan mudah kepada seseorang. Maka, bukankah kemahiran mengira dan membaca itu sesuatu yang membazir jika pada masa yang sama pelajar tidak tahu cara untuk menulis yang berkaitan dengan pengiraan dan pembacaan tersebut?

Lantaran itu, hujah yang mengaitkan kegagalan seseorang pelajar itu menulis dengan ketiadaan bakat juga bukanlah sesuatu yang kukuh. Sepanjang pengalaman saya sebagai pendidik, ada pelajar yang memiliki bakat menulis tetapi keputusan peperiksaannya terutama dalam aspek penulisan agak mengecewakan. Ada juga pelajar yang tiada bakat menulis tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi, pelajar terbabit berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Pada saya semua pelajar boleh menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka tahu teknik dan kesanggupan untuk mencuba menulis dengan tekun.

Kemahiran menulis ini boleh diperoleh jika pelajar tahu cara-cara yang mudah untuk menulis. Pengetahuan mengenai teknik menulis ini boleh menjadi asas kepada mereka untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik menerusi tulisan. Sudah pasti mereka yang memiliki bakat menulis mempunyai kelebihan tetapi harus kita sedar bahawa bakat sahaja belum cukup untuk membawa kejayaan dalam aspek penulisan kerana ada pelbagai aspek lain yang turut mempengaruhi kejayaan pelajar dalam penulisannya. Antara aspek lain yang penting untuk memahirkan seseorang itu menulis ialah:

(1) kemahiran untuk memikir secara kritikal sesuatu topik itu.
(2) semangat yang tinggi untuk berlatih menulis
(3) kesanggupan untuk melakukan kesilapan ketika menulis
(4) membaca dengan meluas 

Pelajar juga banyak gagal menulis kerana mereka tidak mempunyai keyakinan menulis. Setiap kali mereka ingin menulis sudah pasti setiap kali itu juga perasaan tidak yakin akan kemampuan mereka timbul lalu sikap negatif ini menjadi satu kelazaiman yang menghalang perkembangan pelajar untuk memahirkan diri mereka menulis dengan baik.

Sebenarnya, pelajar harus menanam keyakinan menulis dalam diri mereka terlebih dahulu. Setiap kali mereka berasa malas atau tidak suka menulis, pelajar harus meneriakkan kata-kata perangsang yang mendalam dalam jiwa mereka bahawa mereka akan menulis kerana yakin mereka mampu menyiapkan satu karangan dengan sebaiknya. Suara keyakinan inilah yang membentuk jiwa pelajar untuk meminati penulisan lalu akan menjadi mahir pada suatu masa nanti tanpa mereka sedari pula.

Satu hari cuma satu perenggan atau dua perenggan dan kemudian menambah menjadi tiga atau empat perenggan pada minggu seterusnya. Teknik menulis sebegini memberi pelajar keyakinan sedikit demi sedikit untuk memahirkan diri menulis. Pada masa yang sama pelajar akan menyedari kelemahan dan kelebihan mereka ketika menulis. Mungkin pelajar akan sedar mereka lebih mahir dalam aspek pendahuluan tetapi sedikit lemah dalam perengan. Kesedaran ini menyebabkan pelajar akan berusaha meningkatkan kemahiran dalam penulisan perenggan pula. 


Kenapa pelajar perlu mahir menulis

Hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Keadaan ini menyebabkan seseorang pelajar yang tidak memiliki kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan bukan kerana diri mereka tidak bijak tetapi mereka tidak memiliki kemahiran untuk meluahkan kebijaksanaan mereka itu dalam bentuk tulisan.

Lantaran itu, pelajar yang mampu menjawab soalan dengan baik dalam peperiksaan ialah pelajar yang memiliki kemahiran menulis yang tinggi kerana selain mampu memberikan data-data yang tepat, pelajar sebegini juga berupaya menyusun jawapannya dalam bentuk yang begitu mudah, teratur dan meyakinkan pemeriksa bahawa pelajar terbabit sememangnya bijak dalam sesuatu subjek pelajaran tersebut.

Jadi, tanpa pelajar semua sedari mahu tidak mahu, minat atau tiada minat, penulisan merupakan satu latihan yang harus dibuat oleh pelajar setiap hari. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa latihan menulislah yang lebih penting daripada semua latihan yang ada dalam hidup pelajar terutama apabila pelajar bakal memasuki alam kerjaya. Semua laporan kerja terutama pembentangan projek, laporan kewangan dan rancangan pembangunan produk perlu dibentangkan juga dalam bentuk penulisan. Oleh itu, mahirkan diri pelajar dengan menulis dan menulis. 

Dipetik daripada blog Panduan Menulis karangan 
http://karanganbagus.blogspot.com/

Menuju ke Syurga

Terang jalan bersuluh,
Tapi aku melencong,
Tenang malam menyelimut,
Tapi aku berserabut,
Senang hati berbudi,
Tapi aku dengki,
Lapang dada berilmu,
Tapi aku dungu,
Ikhlas bibir tersenyum,
Tapi aku pahit maung,
Manis menutur pujangga,
Tapi aku menyubur nista,
Iman menuju syurga,
Tapi aku dosa didada,
Jalan taubat luas terbuka,
Tapi aku tak puas berfoya,
Ketawa biar berpada,
Tapi aku pemuja dunia,
Doa pelengkap jiwa,
Tapi aku hiburan penuh noda,
Sesal kemudian tak berguna,
Tapi aku kan masih muda,
Satu soalan,
Seribu alasan jawabnya,
Aduhai aku,
Mahu ke syurga,
Tapi menuju ke mana?

Jerebu Kembali Lagi

Mungkin anda sudah mula menyedari yang kita dilanda jerebu sekali lagi.
Dan kejadian ini tidaklah terjadi melainkan dengan keizinan-Nya yang sudah pastinya ada hikmah yang tersendiri.
Huzaifah bin Usaid alGhifari RA berkata:
“Telah datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Nabi bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian Baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam ‘alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.”
- HR Imam Muslim
Kita melihat kejadian alam seperti ini sebagai satu ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya seperti firman-Nya di dalam al-Qur’an:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan dan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Ar-Rum: 41)
Pencemaran urdara dan pembakaran terbuka – adalah antara punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya kejadian jerebu.. dan bukankah ini adalah hasil dari tangan-tangan manusia?
Justeru marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan melihat kembali akan kesilapan diri kita – di peringkat individu, setempat, nasional atau global. Lihat kembali apa yang sepatutnya kita lakukan untuk alam sekitar dan bukan hanya semata-mata mengesploitasi tanpa memeliharanya.
Pesanan buat anda di luar sana: Sentiasa berwaspada dengan penjagaan kesihatan sebelum terlambat!

Panduan Membina Blog

Buat Blog Dengan Blogspot

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspotdan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Blogger
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Blogger
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Contoh sidebar yang dihasilkan:
bloggero-06

Ok, sampai di sini dulu.

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda.
Related Posts with Thumbnails

Tuesday 28 June 2011

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Matematik

Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Pengajaran Berbantukan Komputer
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
 2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
- memproses data penyelidikan
- memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
- pengaturan murid
- pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).
  Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
  • pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.
Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut
i. Penghasilan Bahan Kurikulum
ii. Latih Tubi
iii. Tutorial
iv. Ulangkaji
v. Pemulihan dan Pengayaan
vi. Simulasi
vii. Pengiraan
viii. Alat Bantu Mengajar
ix. Tutee
 Penggunaan spreadsheet
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.
Penggunaan multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali